Thursday, October 21, 2010

Apa itu TOKSIN????

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?


Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. 


Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Cara Pemakaian Detox Foot






Arahan Penggunaan
1. Minum segelas air sebelum menggunakan Detox Patch.
2. Kawal pemakanan dan tidur yang baik untuk mendapatkan hasil maksima.
3. Berhenti menggunakan Detox Patch sekiranya mengalami alahan.
4. Simpan pada suhu dingin kering serta jauhkan dari kanak-kanak.
5. Pakai selama 5 hari kemudian berhenti 2 hari, seterusnya sambung semula pakai.
6. Ulang sehingga warna toksin pada Detox Patch semakin berkurangan.

Refleksologi


Cuba ia untuk satu malam dan anda akan menyaksikan lelehan toksin dari badan anda  pada keesokan harinya!~ satu tampalan untuk setiap kaki setiap hari. Hasil akan dilihat dalam tiga peringkat-peringkat berbeza:


AMARAN
*Wanita mengandung & menyusu anak, pesakit jantung, kencing manis,  kanak-kanak TIDAK DIGALAKKAN memakai Foot Detox & Slimming Patch. Bagi wanita menyusukan anak, ini dikhuatiri akan mengurangkan atau membuatkan susu menjadi cepat kering.
*Patch yg telah digunakan haruslah segera dibuang kerana mengandungi bahan2 buangan yang merbahaya.



Wednesday, October 20, 2010

Jun Gong Slimming Patch


Perbezaan bungkusan baru dan bungkusan lama Slimming Patch

Pandangan depan dan belakang Slimming Patch
      


Fungsi-fungsi Slimming Patch


KANDUNGAN AKTIF UTAMA:
- Ginseng
- Rhubarb
- Aloe Vera
- Herbal Bitters
- Gynostemma Pentaphyllum
- Extract of Casia Seeds
- Chinese Wolfberry
- Honeysuckle
- Far-Infrared Ceramic Powder

* Slimming patch direka khas untuk tujuan slimming. Kesannya adalah maksimum berbanding foot patch detox. Toksin biasanya berkumpul di tapak kaki kerana gravity dan sistem limfa. Tetapi lemak biasanya berkumpul di perut/paha/bahu.

* Oleh itu, hanya lekat slimming patch di tempat yang sesuai dapat menyingkirkan lemak lebihan. Insya'Allah.

Cara menggunakan slimming patch
1. Keluarkan slimming patch daripada bungkusannya.
2. Tanggalkan lapisan plastik dibahagian berwarna merah jambu.
3. Bersihkan bahagian badan yg hendak ditampal.
4. Lekatkan bahagian merah jambu berhala ke permukaan kulit.
5. Massage/urut mengikut arah jam 50 hingga 100 kali di atas pelekat slimming patch.
6. Selepas itu tanggalkannya apabila anda nak pergi jalan2 atau tidur.
7. Jangan buangkan slimming patch tersebut.
8. Gunakan kertas plastik tadi untuk lekatkan balik di bahagian merah jambu slimming patch.
9. Simpankan slimming patch tersebut dalam plastik bag yang ketat.
10. Apabila hendak menggunakannya, ulangkan langkah2 seperti di atas.
11. Slimming patch tersebut boleh dilekat dan ditanggalkan bila2 masa.
12. Guna sehingga semua herba merah jambu diserap habis barulah tukar yang baru.
*Selepas gunakan SP tempat yang lekat tersebut akan rasa panas dan sedikit kesakitan, ini ialah kesan SP mempercepatkan pembakaran lemak berlebihan.



Kawasan-kawasan yang sesuai untuk menampal Slimming Patch


*Untuk mendapatkan kesan yang maksima, pihak kilang menasihatkan lekat slimming patch ditengah2 pusat, tetapi bagi sesiapa yang rasa kesakitan sehingga tidak dapat tahannya, maka anda boleh tanggalkannya. Dan apabila kesakitan sudah hilang, maka anda boleh teruskan lekat di pusat. Sebab kesan yang maksima bukan semua orang boleh tahan.


Soalan-soalan serta jawapan-jawapan yang berkaitan dengan Slimming Patch

Harga: RM 3.50/pc
(Harga pasaran: RM 6.00)
*harga tidak termasuk caj penghantaran

Promosi 2010

 PROMOSI 2010!!!!!!


               PAKEJ PERCUBAAN DENGAN HANYA
                                       RM 20 
             Out of STOCK!!!!


Kesihatan Menurut Islam

Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..

Sabda Nabi s.a.w :

Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari )

dan sabda nabi lagi:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.
( Hadis Riwayat Muslim )

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:


"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat. Sabda nabi s.a.w :


"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam satu peristiwa, orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?. Maka sabda nabi : Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja. Maka mereka bertanya lagi, apakah penyakit itu? Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua" (Hadis Riwayat Ahmad)

Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bagi penyakit yang belum ditemui lagi. Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini (perubatan) berdasarkan sabda nabi : 


"Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Sumber: http://www.jpipsis.co.cc/

Produk Detox Foot Patch

*Penghantaran adalah atas tanggungan njshoppe.blogspot.com sehingga pembeli menerima produk melainkan kesilapan berpunca dari pihak pembeli.
*Harga tidak termasuk caj penghantaran.
*Harga tertakluk kepada perubahan semasa.







*Out of Stock







*Out of Stock